kepercayaan orang melayu PDF Print E-mail
Written by Muhd Rizal   
Tuesday, 18 May 2010 20:36

hari ini selasa 18.5.2010 saya melakukan aktiviti jualan takaful kepada nurse di sungai dua dan guru di sungai nibong. persoalan yang dibangkitkan kepada saya berkaitan mengisian maklumat yang disembunyikan dan memperolehi manfaat sementara. orang ramai mungkin memandang remeh berkaitan dengan ketelusan mengisi maklumat berkaitan sejarah penyakit, latar belakang keluarga yang mana kesemua ini amat penting dan sangat dititik beratkan ketika hendak membuat tuntutan nanti. saya menyeru agar orang awam berhati-hati ketika memohon perlindungan insurans ataupun takaful. harapkan perlindungan akhirnya merugikan diri sendiri dan keluarga. berhati-hati ketika berurusan dengan agent yang hanya mencari sale (makan) di perut tanpa menilai keadaan yang akan datang.