| Janji 2 Tahun Tidak Tertunai |
|
|
|
| Written by Muhd Rizal |
| Sunday, 25 April 2010 21:49 |
| pada 2008 saya telah mengunjungi sebuah sekolah di sungai petani dan menemui seorang guru. setelah perbincangan tentang keperluan takaful kepada diri dan keluarga guru tersebut bersetuju dan membuat akujanji untuk bersama dengan saya pada awal 2009. setelah tiba awal 2009 saya menemui semula guru terbabit dan guru tersebut menangguhkan semula keputusan kepada satu tarikh yang akan datang. hari ini saya sekali lagi mengunjungi guru terbabit dan diberitakan dia sudah menjadi peserta kepada salah satu syarikat takaful yang ada. alhamdullilah syukur dia telah membuat keputusan walaupun keputusan itu sedikit mengecewakan saya. tetapi tidak mengapa Allah Maha Kaya dan mungkiin Allah akan memberi pada masa akan datang. saya doakan semoga guru terbabit gembira dengan keputusan yang telah dibuatnya. selamat maju jaya buat guru terbabit. tahniah |
| Last Updated on Friday, 21 May 2010 20:12 |










